FB Luckin Coffee Malaysia

KUALA LUMPUR- Jenama kopi terkenal dari China Luckin Coffee mengumumkan pra-pelancaran lima cawangannya di seluruh Malaysia menjelang akhir bulan ini.

Terkenal dengan tawaran-tawaran menarik serta pengalaman digital yang hebat, Luckin Coffee tidak sabar untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati rasa kopi premiumnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu, Luckin Coffee akan membuka dua cawangannya masing-masing di Sunway Pyramid dan Menara EcoWorld, BBCC pada 23 Januari ini.

Manakala tiga lagi cawangannya akan dibuka pada akhir bulan ini.

Serentak dengan pra pelancarannya, Luckin Coffee juga akan memperkenalkan aplikasi jenama tersebut pada 23 Januari.

Pelanggan boleh memuat turun aplikasi berkenaan di Google Play dan Apple App Store atau mengimbas kod QR yang ada di kedai.

Pada November 2024, Hextar Industries Bhd. menerusi anak syarikatnya, Global Aroma Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik dengan Luckin Coffee Holdings Singapore Pte Ltd untuk membawa jenama Luckin Coffee ke Malaysia.

Untuk rekod, Luckin Coffee Inc ditubukan di Beijing, China pada 2017.

Setakat Mac 2023, ia memiliki 9,351 cawangan yang merangkumi 6,310 kedai yang dikendalikan sendiri dan baki 3,041 diuruskan menerusi kerjasama.

Luckin yang ketika ini beribu pejabat Xiamen China berkembang dengan pesat dan berjaya mengalahkan jumlah cawangan Starbucks di negara berkenaan pada 2019.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here