Kemalangan yang berlaku membabitkan penunggang motosikal di laluan konvoi Ketua Polis Negara, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di laluan konvoi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi masih mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada kedua-dua pemilik kenderaan yang terlibat dalam insiden terbabit.

“Kedua-dua pemandu kereta telah membuat laporan polis sementara penunggang motosikal masih dalam rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan insiden kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban menghala ke pusat bandar.

Kemalangan berlaku semasa sebuah kereta yang dipandu di lorong paling kanan telah dilanggar oleh penunggang motosikal dari arah belakang.

Penunggang motosikal yang hilang kawalan telah melanggar belakang sebuah lagi kereta utiliti sukan (SUV) di laluan pergerakan Razaruddin.

Razaruddin bertindak memberhentikan kenderaan dan turun untuk memberikan bantuan  awal kepada mangsa yang berusia 56 tahun itu sebelum bantuan trafik sampai di lokasi.

Akibat kemalangan itu, mangsa cedera di buku lali sebelah kiri dan tangan kanan. – MalaysiaGazette

 

KPN Bantu Mangsa Kemalangan #MGFlash

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here