Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan/PDRM

TAMPIN – Seorang pemandu lori yang membawa muatan kayu balak maut selepas kenderaan dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori pasir di KM37 Jalan Tampin-Gemas, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt  Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian 6 pagi itu, mangsa yang berusia 62 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindan yang juga anak lelakinya berusia 28 tahun, cedera ringan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu mangsa dari arah Jelai, Tampin menuju ke Melaka dipercayai melanggar bahagian kanan lori pasir yang sedang membelok ke kanan untuk masuk ke jalan utama.

“Akibat kemalangan berkenaan, pemandu lori kayu balak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kelindannya pula luka di kaki kanan manakala pemandu lori pasir itu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Amiruddien berkata, mayat pemandu lori itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here