Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa perlu mempertahankan perjanjian gencatan senjata bagi membuka jalan untuk perbincangan yang akan membawa kepada keamanan dan pembangunan semula Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menghubungi rakan sejawatnya di Jepun, Shigeru Ishiba bagi mempercapatkan rancangan pembangunan semula Palestin yang telah dipersetujui semasa lawatannya ke Malaysia baru-baru ini.

“Kerjasama dan sokongan daripada rakan Asia Timur kita akan digunakan bagi memastikan proses pembangunan semula Gaza dilakukan dengan pantas dan berkesan,” katanya mengalu-alukan perjanjian yang akan berkuatkuasa mulai Ahad ini menerusi kenyataaan, hari ini.

Menurut Anwar, adalah penting untuk tidak melupai tentang kehilangan nyawa 46,700 warga Palestin serta lebih dua juta orang kehilangan tempat tinggal.

Tambah beliau, keadilan dan kebertanggungjawaban untuk bertindak semasa konflik ini kekal kritikal.

“Selain itu, gencatan senjata perlu berfungsi sebagai batu loncatan terhadap sasaran untuk mewujudkan negara Palestin yang mapan, berdaulat dan merdeka,” ujarnya.

Perdana Menteri berkata, perjanjian tersebut memberi kelegaan kepada penduduk Gaza yang telah menderita dan beliau mengiktiraf usaha Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS) sebagai orang tengah dalam rundingan perjanjian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here