Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Foto HARI ANGGARA, 10 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Semua pemimpin Perikatan Nasional (PN) tidak layak menjadi Perdana Menteri, kata Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, ia kerana mereka ingkar nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya tidak mengadakan perhimpunan di Istana Kehakiman pada 6 Januari lalu.

“Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kata, PN tidak ada masalah mencari calon PM untuk PRU ke 16. Syarat utama ialah calon itu mesti ada hubungan baik dengan istana.

“Kalau begitu semua pemimpin PN tidak layak. Mereka ingkar nasihat YDP Agong jangan mengadakan perhimpunan di Istana Kehakiman 6 Januari 2025 yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Apatah lagi, katanya Tan Sri Muhyiddin, yang juga Pengerusi PN menolak nasihat istana agar menyertai Kerajaan Perpaduan.

Bukan itu sahaja, bahkan, Raja-Raja Melayu menolak cadangan Muhyiddin untuk meneruskan darurat dan menggantung Parlimen.

“Pokoknya jangan suka suka main sentimen istana untuk politik murahan,” selar beliau.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Fayhsal mendakwa PN tidak menghadapi masalah untuk mencari calon perdana menteri dari kalangan parti gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16  (PRU16) akan datang.

Dakwanya, PN boleh mengemukakan lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan dan ditawarkan kepada pengundi.

Antara pemimpin yang dinamakan ialah Muhyiddin, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here