Au Yong She Kay dilaporkan hilang sejak Ahad lepas. Gambar: Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Kehilangan Au Yong She Kay, 75, dimaklumkan oleh adiknya selepas kali terakhir dia dilihat berada di 6Z, Kampung Bellamy Off Jalan Loke Yew, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kehilangan warga emas itu pada jam 12.30 tengah hari, Isnin lalu.

Katanya, warga emas itu berketinggian 167 sentimeter dan berambut putih.

“Ketika keluar dari rumah lelaki itu tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri. Lelaki itu juga mempunyai sejarah penyakit jantung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Balai Polis Tun H.S. Lee di talian 03-92212222 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here