Az Zuha Group memperbaharui kontrak strategik bernilai RM20 juta bersama Hotel Safwah, Mekah.

KUALA LUMPUR – Az Zuha Group Travel & Tours Sdn. Bhd (Az Zuha) iaitu peneraju utama industri pelancongan Islam di Malaysia terus melakar sejarah apabila memperbaharui kontrak strategik bernilai RM20 juta bersama Hotel Safwah di Mekah, Arab Saudi.

Ketua pegawai eksekutifnya, Abdul Malik Abdul Raman berkata, pembaharuan kontrak itu bukan sahaja mencerminkan kepercayaan terhadap Hotel Safwah sebagai rakan strategik tetapi juga usaha syarikat untuk memastikan pelanggan mendapat pengalaman terbaik sepanjang menjalankan ibadah.

“Ini adalah satu lagi langkah penting dalam memperkukuhkan kedudukan Az Zuha sebagai peneraju dalam pelancongan Islam di mana Az Zuha juga mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan pakej musim baru yang menawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan.

“Dengan kerjasama Hotel Safwah, jemaah akan dapat menikmati perkhidmatan eksklusif, termasuk makanan yang disediakan, kemudahan pengangkutan, dan sokongan penuh daripada pasukan Az Zuha sepanjang perjalanan ibadah mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pembaharuan kontrak mengukuhkan dedikasi Az Zuha dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia selaras dengan visi syarikat untuk menjadi peneraju global dalam industri pelancongan Islam.

Perjanjian itu dimeterai bagi memastikan para jemaah umrah dan haji tahun 2025 menikmati keselesaan, kemudahan dan pengalaman premium sepanjang keberadaan mereka di Tanah Suci.

Hotel Safwa yang terletak berhampiran Masjidil Haram telah lama menjadi pilihan utama Az Zuha kerana reputasinya dalam memberikan perkhidmatan unggul kepada para jemaah.

Abdul Malik menambah, pembaharuan kontrak bernilai jutaan ringgit itu juga sekali lagi mengukuhkan dedikasi Az Zuha dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia selaras dengan visi syarikat untuk menjadi peneraju global dalam industri pelancongan Islam.

Sementara itu, katanya, Az Zuha turut mengumumkan tawaran pakej promosi sempena ulang tahun syarikat yang ke-13 tahun untuk mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah bermula Julai ini sehingga Februari 2026.

“Selain itu, syarikat juga sedang menawarkan pakej umrah Syawal 2025 yang boleh dinikmati rakyat Malaysia dengan harga mampu milik dan penuh keselesaaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here