Operasi CARILAMAT dua nelayan hilang bersama bot di Pulau Undan, Melaka semalam diteruskan pagi ini melibatkan lebih 58 pegawai dan anggota daripada Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan SAPURA.

MELAKA – Dua nelayan bersama sebuah bot dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan, di sini petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haji Mohd Khairi Abd Aziz berkata, pihaknya menerima laporan itu melalui kumpulan WhatsApp Sahabat Maritim pada jam 5 petang.

Menurutnya, berdasarkan laporan polis yang dibuat majikan mangsa, tekong bot, Muarep Sakem, 63, bersama awak-awak, Rosenizam Maharam, 50, dilaporkan keluar memukat pada 15 Januari lalu.

Operasi CARILAMAT dua nelayan hilang bersama bot di Pulau Undan, Melaka semalam diteruskan pagi ini melibatkan lebih 58 pegawai dan anggota daripada Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan SAPURA.

“Kali terakhir mereka berhubung dengan majikan adalah pada pukul 10 semalam bagi memaklumkan enjin bot gentian kaca bernombor pendaftaran MKF 3861 berwarna coklat biru yang digunakan mengalami kerosakan.

“Ekoran itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru segera mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada pukul 7.30 malam dengan mengatur gerak aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ke lokasi kejadian untuk pencarian awal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi CARILAMAT dua nelayan hilang bersama bot di Pulau Undan, Melaka semalam diteruskan pagi ini melibatkan lebih 58 pegawai dan anggota daripada Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan SAPURA.

Menurutnya, bot-bot nelayan berhampiran turut membantu melakukan pencarian di kawasan sekitar, namun tiada sebarang petunjuk ditemui.

“Operasi CARILAMAT diteruskan pagi ini melibatkan lebih 58 pegawai dan anggota daripada Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan SAPURA.

“Kawasan pencarian meliputi lebih 548 kilometer persegi menggunakan sebuah bot Maritim Malaysia, dua bot Pasukan
Polis Marin (PPM), sebuah bot Kevlar, serta dua bot aluminium milik JBPM,” tambahnya.

Mohd Khairi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 atau talian kecemasan 999. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here