Sebahagian warga asing yang ditahan di sebuah kilang kayu, dekat Balakong.

KUALA LUMPUR – Seramai 56 warga asing pelbagai negara ditahan dalam serbuan di sebuah kilang kayu dan kilang plastik di Semenyih dan Balakong pada 13 Januari lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi membabitkan Cawangan Tindakan Khas, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen itu memeriksa 82 orang rakyat asing dan tujuh warga tempatan.

Mereka yang ditahan terdiri daripada13 lelaki dan empat Wanita Indonesia; 27 lelaki dan 11 perempuan Myanmar; lima lelaki dan seorang Wanita Bangladesh; empat Wanita Thailand dan seorang lelaki China yang merupakan seorang majikan.

Katanya, semasa serbuan yang dilakukan bermula jam 11.30 pagi itu semua pekerja asing cuba melarikan serta bersembunyi di dalam Kawasan kilang yang sangat luas dan dipenuhi timbunan katu hingga menyukarkan anggota membuat serbuan.

Namun usaha mereka gagal, ujar beliau.

Kesemua warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan Bawah Akta Imigresen 1959/63 an Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Seorang kakitangan disoal siasat oleh Pegawai Imigresen dalam serbuan di sebuah kilang kayu.

Mereka kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

Sebanyak lima saman juga dikeluarkan kepada aksi warga Malaysia untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

Zakaria berkata, jabatan itu tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang tinggal secara haram, lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here