Pesta kutip kerang di Pantai Sura di Dungun, Terengganu.

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mengutip kerang terdampar di Pantai Sura di Dungun, Terengganu dinasihatkan supaya memasaknya dengan sempurna terlebih dahulu sebelum dimakan.

Jabatan Perikanan Negeri Terengganu berkata, ia kerana, berdasarkan analisis makmal pada tahun-tahun sebelumnya (2014, 2016, 2019, dan 2021) mendapati tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) dalam sampel kerang melebihi piawaian yang ditetapkan masing-masing melebihi 300 MPN/100g dan 230 MPN/100g.

“Kerang dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai Kelas B, yang memerlukan pemasakan sempurna sebelum dimakan.

“Selain itu, kehadiran bakteria Vibrio parahaemolyticus, yang bersifat meluas (ubiquitous) dalam persekitaran air laut, turut dikesan dalam sampel terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, jabatan itu juga telah menjalankan analisis terkini berikutan Pesta Kutip Kerang di Pantai Sura, Dungun, susulan fenomena ini berulang pada tahun ini.

Sampel air dan kerang telah diambil pada 15 Januari 2025 menunjukkan tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin dikesan dalam sampel air.

Selain itu, analisis bakteria pada kerang sedang dijalankan oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan, dan keputusan penuh akan diumumkan dalam masa tiga

Tambahnya, fenomena kerang dihanyutkan ke darat akibat ombak kuat ini telah beberapa kali dilaporkan, termasuk pada tahun-tahun sebelumnya.

Kajian menyeluruh oleh Jabatan Perikanan membuktikan keperluan pematuhan kepada amalan keselamatan makanan, khususnya memastikan semua kerang dimasak dengan sempurna sebelum dimakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here