KUALA LUMPUR – Pemain muda tengah Selangor, Muhammad Abu Khalil disahkan menyertai kelab Liga Thailand, Nakhon Pathom selepas berkelana di Jepun sebelum ini.
Pengumuman rasmi dibuat menerusi satu hantaran di laman media sosial kelab itu yang memperkenalkan Muhammad sebagai pemain baharunya.
Muhammad adalah pemain muda Selangor FC dan pernah dipinjamkan selama enam bulan ke FC Osaka pada Julai 2024 hingga Disember lalu.
Selain itu, Muhamad juga merupakan tonggak utama skuad bawah 19, 20 dan 23 tahun negara dan dipanggil menyertai pasukan Harimau Malaya ke ASEAN Championship yang lalu.
Sebelum ini, seorang lagi pemain muda kebangsaan, Fergus Tierney turut diumumkan sebagai penyerang baharu Nakhon Pathom United dan telah pun turun beraksi dalam dua aksi lalu.