Anwar Ibrahim hadir pada Invest Malaysia di London, United Kingdom pada 16 Januari 2025. - foto PMO

LONDON – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan bersemuka dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatan beliau ke United Kingdom (UK).

Salah satu mesyuarat tersebut adalah dengan Standard Chartered Bank (SCB) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Winters.

Menurut para pegawai Malaysia, SCB sedang meneroka kemungkinan untuk kerjasama dengan kerajaan Malaysia dan Singapura bagi memudahkan kemasukan perniagaan global ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Selain itu, Anwar turut bertemu dengan para pegawai daripada Jaguar Land Rover (JLR), Raw Energy dan Yondr yang mempunyai projek sedang dibangunkan di Taman Teknologi Sedenak di Johor.

Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri mesyuarat meja bulat dengan para pemimpin industri di UK yang disertai 53 pemain industri terkemuka daripada 30 syarikat dan organisasi.

Antaranya termasuklah Airbus UK, GKN Aerospace, British Malaysian Chamber of Commerce, Shell dan BAE System. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here