X50 Sport Edition ditawarkan dengan satu warna iaitu Quartz Black.

KUALA LUMPUR –  X50 Sport Edition memberi berita gembira buat peminat kenderaan utiliti sukan (SUV) apabila akhirnya dilancarkan secara rasmi selepas membuat kemunculan sulung di Pameran Mobiliti Antarabangsa (KLIMS 2024).

Menerusi pelancaran di laman Facebook, Proton Cars, SUV kompak edisi terhad itu ditawarkan pada harga tawaran selepas rebat RM7,000 iaitu RM98,300 (harga asal RM101,800 + pakej tawaran harga RM3,500).

Sebagai jentera edisi istimewa, X50 Sport Edition terhad ditawarkan hanya 1,000 unit sahaja.

X50 Sport Edition ditawarkan dengan satu warna iaitu Quartz Black yang dipadankan dengan kit badan empat keping beraksen merah yang terdiri daripada splitter depan, skirt sisi, dan penyebar udara belakang.

Penambahbaikan daripada varian X50 Premium ini tampil dengan banyak kelebihan berbanding versi sedia ada di mana kombinasi warna hitam dan Merah menyerlahkan lagi aspek sporty jentera ini.

Pada bahagian badan terdapat pelekat berwarna merah untuk melengkapkan lagi penampilan X50 Sport Edition ini.

Penggayaan luaran ditambah lagi dengan rim 18 inci hitam dengan 10 jejari berkilat hitam akan menjadi ciri seterusnya yang menyerlahkan edisi Sport ini.

Melengkapkan transformasi X50 Sport Edition adalah lencana khas pada pintu belakang, pelindung ambang pintu dan pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi dan tray but

Bahagian dalaman X50 yang sudah menggunakan warna hitam-merah sesuai dengan penampilan luar SE ini.

X50 Sport Edition sebenarnya berdasarkan varian Premium, yang menggunakan enjin 1.5 liter port-injected dengan 150 PS/226 Nm, bukan unit TGDi varian Flagship yang menawarkan 177 PS dan 255 Nm.

Enjin tiga silinder turbo digandingkan dengan transmisi dual-klac basah tujuh kelajuan.

Menjengah ke dalam kabin, jentera edisi istimewa itu menampilkan pengecas tanpa wayar, karpet edisi terhad, scuff plate dan tray but.

Aspek keselamatan juga sama dengan ciri seperti sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) termasuk kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan autonomi, dan bantuan kekal lorong.

X50 Sport Edition turut menerima pakej standard iaitu waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had, pakej data selama lima tahun 1GB sebulan, enam kali upah buruh untuk servis dan manfaat komprehensif program insurans Proton. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here