Tan Sri Noh Omar

KUALA LUMPUR – Bersatu hari ini telah melantik lima Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) partinya yang baharu.

Kelima-lima mereka adalah Datuk Harisson Hassan (Kuala Selangor); Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Kepala Batas); Danni Rais (Jelebu); Alkaf Jaziri Abdillah Suffian (Santubong) dan Tan Sri Noh Omar (Tangjung Karang).

Kuota dua lagi ahli MPT masih kosong.

Menurut satu kenyataan Bersatu malam ini, presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah melantik ketua badan pimpinan negeri (BPN) dan timbalan masing-masing dalam mesyuarat hari ini.

Antaranya BPN Selangor diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Datuk Dr Radzi Md Jidin (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Seri Ronald Kiandee (Sabah).

Mesyuarat yang sama juga antara lain membincangkan persediaan Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Bersatu sedang mengadakan perbincanngan dan libat urus dengan pelbagai pihak dalam kalangan pemegang taruh di Sabah, memperhalusi kawasan-kawasan tumpuan dan menyediakan manifesto untuk masa depan rakyat Sabah,” kata kenyataan yang sama. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here