Gambar hiasan

NEW DELHI – Kerajaan India mengarahkan pembentukan pasukan antara kementerian untuk menyiasat kematian misteri di sebuah kampung di Kashmir.

Arahan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Persekutuan Amit Shah selepas sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat penyakit misteri sejak 43 hari lalu di kampung Budhal di daerah Rajouri, kira-kira 243 kilometer ke selatan Srinagar.

Orang ramai mengadu demam, sakit, loya dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia dalam beberapa hari selepas dimasukkan ke hospital.

Seorang kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital masih dalam keadaan kritikal.

“Pasukan itu akan terdiri daripada pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga, Kementerian Pertanian, Kementerian Kimia dan Baja serta Kementerian Sumber Air. Ia juga akan dibantu oleh pakar-pakar dari penternakan haiwan, keselamatan makanan dan makmal sains forensik,” kata Kementerian Dalam Negeri Persekutuan dalam satu kenyataan.

Pasukan itu akan melawat kampung terbabit untuk memastikan punca kematian dalam tiga kejadian dalam tempoh enam minggu lalu di Rajouri.

Selain itu, pakar-pakar ar dari beberapa institusi paling terkenal di negara ini telah diatur untuk menguruskan keadaan dan memahami faktor penyebab kematian.”

Pada Khamis, kerajaan tempatan Kashmir yang dikuasai India berkata, penyiasatan dan sampel secara empirikal menunjukkan insiden itu bukan disebabkan oleh penyakit berjangkit dari bakteria atau virus dan tidak melibatkan kesihatan awam.

Bagaimanapun, ia berkata, analisis toksikologi telah mengesan toksin dalam pelbagai spesimen biologi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here