Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM Retreat) di Langkawi, Kedah. Foto FAREEZ FADZIL, 19 JANUARI 2025.

LANGKAWI- ASEAN perlu memacu jalannya sendiri dan tidak boleh membenarkan mana-mana pihak menentukan hala tuju organisasi itu.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengaruh ASEAN tidak diukur dari segi kekuatan ketenteraan mahu pun kuasa ekonomi sebaliknya keupayaanya dalam mengadakan dialog, menggalakkan kerjasama serta membina kepercayaan yang penting bagi kemananan serta kemakmuran global.

Katanya, kedudukan Asia Tenggara yang strategik dari segi geografi, kepelbagaian budaya serta kekuatan gabungan ekonomi membuatkan rantau ini sering menjadi pusat persaingan kuasa-kuasa besar dunia.

“Perkara ini jelas dan saya berharap bakal-bakal pemimpin yang akan menjadi rakan dialog kita (termasuk Presiden Amerika Syarikat yang baharu) mengambil maklum tentang peri pentingnya peranan yang dimainkan ASEAN.

“Mereka juga perlu berbincang dengan kita secara diplomatik dan minda terbuka,

“Ini adalah peranan yang kita mesti mainkan sendiri. We are the speakers, and not the spoken-for,” tegasnya.

Mohamad berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pembukaan Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di sini hari ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM Retreat) di Langkawi, Kedah. Foto FAREEZ FADZIL, 19 JANUARI 2025.

Dalam pada itu, beliau berharap negara-negara anggota sentiasa memastikan peluang terbuka kepada semua masyarakat dan memastikan tiada siapa yang tertinggal di belakang.

“Bersandarkan semangat ini, kita berharap ia dapat dipancarkan menerusi keanggotaan ASEAN kerana Asia Tenggara bukan hanya memiliki 10 negara tetapi 11.

“Kesemua 11 negara ini berhak untuk mendapat penyertaan penuh di dalam sebuah organisasi yang menjuarai kesejahteraan di dalam dunia ini.

“Saya berharap semua negara anggota mengambil maklum perkara ini kerana jika kita tidak menunjukkan keterangkuman di dalam organisasi ini, semua janji kita sudah tidak bermakna,” ujar beliau lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here