Suspek yang memukul seorang eksekutif kanan dalam kejadian di Meridian Taman Kluang Barat, Kluang.

KLUANG – Seorang eksekutif kanan sebuah syarikat pemaju, di sini, cedera parah dipukul dan ditumbuk seorang kontraktor sehingga patah jari tengah tangan kiri di Meridian Taman Kluang Barat, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 3.30 petang mangsa, 49, pergi ke rumah suspek, 38, bertujuan menjelaskan mengenai kerja pembaikan rumah.

“Suspek tidak berpuas hati dan memarahi pengadu lalu suspek menendang belakang pengadu dan merampas beg pengadu.

“Suspek memukul kepala pengadu beberapa kali menggunakan beg yang berisi telefon serta menumbuk dada kiri pengadu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, akibat daripada perbuatan tersebut mangsa mengalami luka di bahagian kepala serta patah jari tengah tangan kiri sebelum membuat laporan polis.

“Pengadu bekerja sebagai Senior Property Executive di sebuah syarikat yang merupakan pemaju bagi Meridian Taman Kluang Barat,” ujarnya.

Menurutnya, suspek telah membeli kediaman di taman berkenaan dan menghantar aduan kerosakan mengenai rumah tersebut.

Susulan itu katanya, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pukul 11.40 pagi tadi dan akan dipohon tahanan reman esok untuk jalankan siasatan lanjut.

Siasatan katanya, mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah dam satu rekod dikehendaki.

Tambah beliau, kes disiasat bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here