KUALA LUMPUR – Lelaki berpakaian ala ‘mumia’ sambil berjalan kaki di Jalan Panchang Bedena menghala ke Pekan Sungai Besar, Selangor, disahkan mengalami masalah gangguan mental.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitenden Robin Guha Thakurta berkata, pihaknya telah mengesan video tular di media sosial memaparkan kejadian itu sekitar jam 10 pagi tadi.

“Bertindak atas maklumkan, lelaki tempatan berusia 25 tahun itu telah ditahan di Parit 6, Sungai Besar pada jam 12.30 tengah hari pada hari sama.

“Siasatan mendapati, lelaki itu mempunyai masalah mental dan polis telah membawa dia ke Hospital Sabak Bernam untuk rawatan lanjut dengan ditemani warisnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan lelaki berpakaian ‘mumia’ sambil berjalan kaki di sekitar Sungai Besar hingga mencetuskan perhatian orang ramai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here