Dr. Sharifudin Md Shaarani (tengah) menerima geran penyelidikan daripada Mohd Jafri Kudus (kiri),

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) untuk projek penyelidikan bertajuk Gold Authentication System baru-baru ini.

Kerjasama ini bertujuan memperkukuhkan usaha pembangunan sistem autentikasi ketulenan emas melalui gabungan kepakaran penyelidik USIM dan RMS, anak syarikat Bank Rakyat.

Projek ini dijangka menghasilkan prototaip inovatif yang berpotensi untuk dikomersialkan, sejajar dengan keperluan industri semasa.

Ketua penyelidik USIM diketuai oleh Prof Madya Ir Ts Dr Juliza Binti Jamaludin bersama ahlinya Prof. Ir. Dr. Hafizal Mohamad, Prof. Madya. Ts. Dr. Wan Zakiah Wan Ismail, Ts. Dr. Irneza Ismail, Dr. Fauzun Abdullah Asuhaimi dan Dr. Marinah Othman.

Manakala Ketua penyelidik RMS diketuai oleh Fuhaizad Asmar Omar bersama ahlinya Encik Khalis Raddi Ibrahim dan Tengku Muhd Kamil Tengku Abd Hafiz Pikry.

Projek penyelidikan ini membuka ruang kepada pertukaran ilmu antara akademia dan industri.

Dengan menggunakan dana geran yang disumbangkan oleh RMS, penyelidik dari FKAB USIM akan menumpukan usaha kepada pembangunan sistem pemeriksaan ketulenan emas yang mampu memberi impak besar dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Menurut Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, kerjasama ini mencerminkan komitmen universiti dalam menerapkan penyelidikan yang bersifat industri untuk manfaat masyarakat.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada RMS atas kepercayaan dan sokongan mereka terhadap penyelidikan USIM.

Beliau menegaskan kepentingan hubungan pintar antara universiti dan industri, khususnya dalam penyelidikan sistem ketulenan emas, pembangunan prototaip, dan pengkomersialan hasil penyelidikan.

Naib Canselor yakin kolaborasi ini akan mengukuhkan budaya penyelidikan bersama serta memberikan manfaat kepada ahli akademik dan pemain industri.

Dr. Sharifudin berharap MoA ini menjadi pemangkin kepada inovasi berfokus untuk kesejahteraan ummah.

Kerjasama ini diharap mampu menghasilkan output penyelidikan yang lebih berkualiti melalui perkongsian kepakaran antara USIM dan RMS.“Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada kejayaan lebih besar di masa hadapan,” ujar beliau lagi.

Dalam majlis tersebut, Pengerusi RMS menyerahkan geran penyelidikan bernilai RM118,650.00 kepada Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here