JAKARTA – Pentadbiran wilayah Jakarta telah memperketatkan peraturan syarat poligami bagi penjawat awam lelaki di wilayah tersebut.
“Kami tidak akan meluluskan permohonan mereka yang ingin berpoligami secara mudah.
“Ia juga boleh ditolak sekiranya bercanggah dengan ajaran agama pemohon atau berpotensi menganggu tugas rasmi mereka.
“Jika mereka melanggar peraturan ini, tindakan disiplin boleh dikenakan,” katanya kepada media tempatan dalam sidang media, semalam.
Peraturan baharu ini termasuk menunjukkan bukti perkahwinan tanpa anak berlangsung lebih 10 tahun, bukti isteri pertama mempunyai kecacatan fizikal atau penyakit yang tidak boleh sembuh, kebenaran bertulis isteri pertama dan kelulusan mahkamah yang menunjukkan seseorang itu mampu menyara lebih daripada satu keluarga.
Indonesia sebelum ini memperkenalkan syarat poligami melalui Undang-Undang Perkahwinan 1974 dan peraturan khas untuk penjawat awam lelaki pada 1983.
Walaupun penjawat awam lelaki dibenarkan berpoligami, penjawat awam wanita dilarang menjadi isteri kedua, ketiga, atau keempat.
Peraturan ini telah dirancang dengan teliti sejak tahun 2023 melibatkan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kehakiman.- Agensi