Harith Iskandar

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon Harith Iskandar disiasat polis gara-gara hantaran Facebook terbarunya yang menyentuh kontroversi sandwic ham.

Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh mengesahkan pihaknya sedang menyiasat pelawak tersebut selepas menerima laporan polis daripada bekas ahli kumpulan lawak Shiro, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro.

“Laporan ini sedang disiasat di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Bahrin kepada Malaysiakini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Shahrol Azizie Azmi yang juga dikenali sebagai Shahrol Shiro membuat laporan polis berhubung lawak ‘ham’ yang dimuat naik Harith Iskander.

Beliau yang dikenali sebagai Shahrol Shiro menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana status Harith didakwa menghina agama Islam.

“Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama kita.

“Perkara ini sudah melampau,” katanya.

Harith Iskandar dalam hantaran pada 18 Januari lalu membuat jenaka menggunakan topik ham baru-baru ini mengundang kecaman netizen terutamanya dalam kalangan umat Islam.

Bersama hantaran itu, Harith turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ham sap kopi berharga RM5.50.

Gambar itu dipercayai diambil dari gambar senarai menu kopi yang dijual premis rangkaian jualan minuman kopi tempatan yang berniaga menggunakan trak makanan.

“Saya begitu keliru. Iman saya tergugat. Kopi ini akan membawa saya ke jalan yang salah dalam pelbagai cara”.

“Bukan sahaja menggoda saya untuk menjadi hamsap, tetapi juga membuat saya keliru dengan perkataan ‘ham’ di dalamnya. Ini untuk diminum atau dimakan?

“Saya mesti buat laporan polis kerana saya terlalu lemah sehingga hilang semua kemampuan untuk berfikir secara logik. Siapa lagi yang keliru?”, tulisnya dalam hantaran itu yang disudahi emoji wajah tertawa hingga keluar air mata.

Hantaran tersebut menerima hampir 10,000 reaksi dengan 4,500 menggunakan emoji ketawa dan 3,300 lagi emoji marah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. soal iman kita tak tahu sebab itu dalam hati. tapi mempermainkan dan manipulasi isu sebenarnya tidak harus diberi muka. isu sebenar adalah logo dan status halal yang tidak disahkan jakim. bukan soal nama. jika sekadar nama, nama hotdog pun biasa. tapi ada sijil halal. jadi jgn manipulasi isu nama sedangkan isu utama adalah sijil halal. melainkan mmg dia dan sekutu mmg berminda h4m s4p…

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here