Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Permohonan penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan dianjurkan dari Kompleks Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka pada Sabtu ini, ditolak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya telah membuat semakan dan mendapati notis pemberitahuan himpunan itu tidak lengkap.

“Notis Pemberitahuan perhimpunan tersebut tidak lengkap dengan tidak disertakan salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan.

“Respons terhadap Notis Pemberitahuan himpunan itu telah diberikan kepada pihak penganjur pada 17 Januari lalu, supaya memenuhi peruntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungn itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan yang menyalahi peruntukan undang-undang kerana tindakan tegas akan diambil. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here