KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) menjelaskan acara sambutan Tahun Baru Cina yang dinamakan sebagai Spring Festival Gala 2025 merupakan acara di bawah penganjuran Kedutaan Besar Negara China yang dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara China.
Acara ini bukan di bawah anjuran UM danĀ hanya menjadi lokasi sambutan acara diadakan, katanya dalam kenyataan di ini.
UM berkata, apabila pihak penganjur merancang untuk memainkan lagu kebangsaan negara berkenaan dan pihaknya telah meminta penganjur untuk turut memainkan lagu Negaraku sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.
Jelasnya, sebagai universiti tertua di negara ini, UM sentiasa menjunjung kedaulatan negara dengan menerapkan nilai patriotik dalam semua aktiviti universiti.
Dalam masa yang sama, UM turut menyambut dasar pengantarabangsaan yang disarankan oleh kerajaan dengan menyantuni dan meraikan pelajar. – MalaysiaGazette