KK Mart di kampus Universiti Malaya disimbah cat merah.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) telah membuat laporan polis berikutan insiden premis KK Mart di dalam kampus universiti itu disimbah cat kelmarin.

UM dalam kenyataan berkata, pihaknya memandang serius insiden tersebut dan komited memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

“UM juga menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” kata UM dalam kenyataan hari ini.

Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut juga diminta tampil bagi membantu siasatan.

Semalam satu laporan polis juga telah dibuat oleh Polis Bantuan kampus UM berhubung insiden yang disedari kira-kira jam 12.50 tengah malam Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, pihaknya sedang menjalan siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan: https://malaysiagazette.com/2025/01/21/polis-terima-laporan-kk-mart-di-um-disimbah-cat/

Terdahulu, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) mengecam kejadian insiden itu dan menggesa pihak pentadbiran universiti menyiasat kejadian tersebut.

Presiden Umany, Lim Jing Jet berkata, masih belum jelas sama ada kejadian itu berkaitan dengan kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ baru-baru ini, dan mengutuk tindakan itu sebagai tindakan keterlaluan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here