Aireroshairi Roslan

KUANTAN – Tuduhan bahawa Pas membela Datuk Seri Najib Razak adalah satu persepsi yang tidak benar, kata Ketua Penerangan Pas Pahang, Aireroshairi Roslan.

Tegasnya, pendirian Pas berhubung isu titah adendum melibat bekas Perdana Menteri itu hanya kerana mahu mempertahan sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang kestabilan negara.

“Ingin saya tegaskan pendirian Pas dalam isu ini adalah jelas dan tegas, iaitu kami ingin mempertahankan kuasa prerogatif diraja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagaimana kami tidak pernah mempertikaikan pengampunan yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu, kami juga mempertahankan kuasa prerogatif yang sama pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun mempersoal tindakan kerajaan yang sengaja menyembunyikan kewujudan titah addendum tersebut sejak Januari tahun lalu dan menuntut penjelasan segera mengapa ia disembunyikan untuk tempoh yang sangat lama.

Akhir kata, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memahami bahawa isu ini bukan soal membela individu tertentu, tetapi mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang kestabilan negara kita,” tambah Aireroshairi.– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here