Nancy ketika melancarkan Logo dan Tema Hari Wanita Antarabangsa 2025 di KPWKM di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Golongan wanita di Malaysia perlu mendapat akses yang saksama dan bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi gender, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Katanya, inui kerana wanita bukan sahaja memainkan peranan penting dalam keluarga, tetapi mereka juga memimpin dalam pembangunan masyarakat dan negara.

“Wanita adalah tulang belakang kemajuan dalam ekonomi, sosial, dan politik.” katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Logo dan Tema Hari Wanita Antarabangsa 2025 di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Beliau juga mengiktiraf usaha global wanita yang berjuang untuk mewujudkan struktur yang lebih adil, saksama dan progresif.

Walaupun kemajuan telah dicapai, Nancy menyorot cabaran berterusan dalam mencapai kesetaraan jantina yang memerlukan perhatian.

Hari Wanita Antarabangsa disambut secara global pada 8 Mac setiap tahun dan tema tahun ini ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu ‘Untuk Semua Wanita dan Gadis: Hak. Kesaksamaan. Pemberdayaan’.

Menurut Nancy, kementerian telah memilih tema ‘Wanita Beraspirasi Membina Legasi’ untuk sambutan Hari Wanita tahun ini.

Di Malaysia, Nancy berkata, sambutan akan diadakan secara berperingkat di lima kawasan pada bulan Februari: Sarawak (11 Feb), Terengganu (20 Feb), Johor (24 Feb), Negeri Sembilan (25 Feb) dan tarikh sambutan di Perak akan diumumkan kemudian. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here