telur lompat parti
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Usul pelaksa­naan Akta Pendanaan Politik bukan suatu isu baharu, malah sudah dibahas dan dibincangkan sejak 2015.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, isu berkenaan sudah tidak perlu dipanjangkan lagi dan kini terserah kepada kerajaan untuk membawa draf Rang Undang-Undang tersebut ke Dewan Rakyat.

Persoalannya kini menurut beliau, adalah sama ada kerajaan mahu melaksanakannya atau pun tidak.

“Pada 14 Ogos 2015, Datuk Seri Najib Razak telah membentuk Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik. Saya dilantik menjadi ahli jawatankuasa tersebut dan kami hasilkan satu lapora yang lengkap dengan syor.

“Kemudian pada Ogos 2018, Tun Mahathir menubuhkan Electoral Reform Committee dan saya sekali lagi dilantik sebagai ahlinya. Sekali lagi, satu laporan lengkap termasuk mengenai pembiayaan politik telah disiapkan oleh kami dan telah diserahkan kepada kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Wan Saiful, satu gabungan bukan kerajaan (NGO) juga telah menyediakan draf rang undang-undang pendanaan politik pada November 2023.

“Maksudnya perkara ini telah dibincangkan hingga masak. Kerajaan tak perlu berhelah dengan mengatakan perlu pelbagai kajian lagi.

“Jika nak buat, terus bawa saja satu draf untuk dibincangkan oleh parti-parti politik dan juga dalam Jawatankuasa Pilihan Khas dan setelah dipersetujui oleh semua parti politik, terus saja ke Dewan Rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here