KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski selamat tiba di Malaysia, semalam.
Menerusi hantaran Facebook rasmi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberitahu, Cklamovski mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Sydney, Australia
“Welcome to Malaysia!” kata FAM.
Pengendali berusia 46 tahun itu menggantikan Pau Marti Vicente, yang dilantik sebagai pemangku ketua jurulatih susulan pengunduran Kim Pan Gon, Julai lalu.
Badan induk bola sepak negara juga mahu Cklamovski membantu menaikkan ranking skuad negara yang kini ke-132 pada kedudukan 100 terbaik FIFA.
Cklamovski, bekas ketua jurulatih Liga J, Tokyo FC dan Shimizu S-Pulse, pernah berkhidmat bawah Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, ketika mengendali Australia dan Yokohama F Marinos. – MalaysiaGazette