Home Nasional 4 lelaki melecur, 3 wanita sesak nafas gas ammonia di kilang bocor

4 lelaki melecur, 3 wanita sesak nafas gas ammonia di kilang bocor

KUALA LUMPUR – Empat lelaki melecur dan tiga wanita sesak nafas susulan insiden kebocoran gas injap di sebuah kilang sejuk beku di Pulau Indah, Klang, Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Muktar berata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.17 tengah hari.

Serentak itu, seramai 16 pegawai dan anggota bersama Unit  Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kesemua terlibat dalam operasi menyelamat  itu dari  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah, Shah Alam dan Bukit Jelutong.

“Menurut Komander Operasi, terdapat kebocoran pada injap saluran gas ammonia di kilang itu dan empat mangsa didapati melecur.

“Kesemua mangsa lelaki berusia lingkuang 20-an  telah dihantar ke hospital oleh pihak kilang sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan HAZMAT melakukan operasi menyelamat susulan kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di Pulau Indah, hari ini. Foto JBPM Selangor.

Tambahya, bomba berjaya menutup injap itu sekitar jam 5.10 petang dan tiga lagi mangsa perempuan dikesan sesak nafas telah dibawa oleh pasukan perubatan untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here