Foto Instagram Bella Astillah.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menawan Gunung Kinabalu, Sabah hari ini dengan memakai busana tradisional Melayu di puncak.

Bella, 31, menyifatkan pendakian dari Laban Rata sebagai satu pengalaman yang sangat bernilai buat dirinya yang juga anak kelahiran Sabah.

“Alhamdulillah kami berjaya, pakai baju raya mendaki Gunung Kinabalu. Mula mendaki pada pukul 3 pagi. Pendakian yang penuh bermakna!

“Penat dia memang saya tak boleh nak ungkap dengan kata-kata tetapi apabila tengok pemandangan masya-Allah, memang tidak ternilai, cantik betul Kinabalu,” kata di Instagram miliknya di sini hari ini.

Sementara itu, Syed Saddiq, 32, pula segak memakai baju Melayu berwarna hijau dan sedondon dengan Bella yang menyarung baju kurung warna senada.

Turut kelihatan menemani Bella ialah adiknya, Didi Astillah yang sama-sama mendaki hingga ke pundak Kinabalu.

Semalam, kedua-duanya memulakan misi pendakian dan tiba di Laban Rata selepas hampir enam jam mendaki.

Bella yang juga ibu tunggal anak dua berseloroh mengatakan Syed Saddiq sebagai ‘Ironman’ kerana dilihat sangat bertenaga sepanjang pendakian mereka ke Laban Rata.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here