KUALA LUMPUR – Lebih 9,700 anggota dan pegawai Polis Kuala Lumpur akan ditugaskan untuk mengawal keselamatan dan ketentaraman sepanjang berlangsungnya mesyuarat-mesyuarat ASEAN 2025.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa bekata, sebanyak 186 mesyuarat sama ada kecil atau besar akan diadakan di sekitar ibu negara pada April, Mei dan Oktober nanti.
“Daripada jumlah itu, 21 mesyuarat akan diadakan di Putrajaya dan menjadi tanggungjawab polis memastikan keselamatan, dan ketenteraman delegasi serta pengungjung sepanjang program itu berlangsung.
“Pada masa sama, kita juga akan memastikan mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur berjalan dengan baik dan kelancaran trafik serta keselamatan kepada delegasi,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau juga mengingatkan kepada pegawai dan anggota sentiasa bersiap siga dalam memastikan Kuala Lumpur sentiasa dalam keadan baik dan selamat.
Katanya, ini bagi memastikan imej ibu negara termasuk Malaysia berada di tahap yang terbaik buat pengunjung dan delegasi yang hadir bagi Kepengerusian ASEAN 2025.
Malaysia secara rasmi mengambil peranan sebagai Pengerusi ASEAN bermula 1 Jan 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, mencerminkan aspirasi negara untuk membentuk ASEAN yang bersatu dan makmur. – MalaysiaGazettteLeih