KUALA LUMPUR – Prestasi ekonomi Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan positif dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan 2.5 peratus pada November 2024, mencapai 112.6 mata berbanding 109.9 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya .

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dua digit dalam Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (24.6%) telah menjadi penyumbang utama kepada kenaikan ini.

Secara bulanan, IP memulih kepada 1.1 peratus selepas mengalami penurunan selama tiga bulan berturut-turut.

Prestasi yang baik ini disumbangkan oleh hampir kesemua komponen kecuali bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (-0.2%) dan bilangan syarikat baru bidaftar (-0.1%).

Melihat kepada arah aliran jangka panjang terlicin pada November 2024, IP kekal berada di bawah 100.0 mata.

Meskipun masih berada di bawah trend, ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan eksport berkaitan semikonduktor yang meningkat berikutan permintaan global yang mampan.

Bagi kedudukan ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) mengekalkan pertumbuhan positifnya dengan mencatatkan 1.9 peratus, mencecah 126.4 mata berbanding 124.1 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Mohd Uzir berkata, prestasi ini mencerminkan peningkatan yang meluas merentas semua komponen IS.

Pada masa yang sama, prestasi bulanan IS meningkat marginal 0.03 peratus pada November 2024 disokong oleh peningkatan gaji & upah benar dalam pembuatan dan Indeks Pengeluaran Perindustrian, masing-masing menyumbang 0.1 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here