Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas selesai mendengar permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan kes salah guna kuasa program Jana Wibawa di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Foto SYADILA AMARI, 09 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah selesai membayar ganti rugi selepas kalah saman fitnah terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam.

Difahamkan, wang itu dibayar secara berperingkat iaitu sebanyak RM400,000 pada hujung tahun lalu dan RM1 juta semalam.

Perkara ini telah disahkan oleh kedua-dua peguam mewakili Muhyiddin dan Guan Eng kepada media.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini telah memberikan tempoh sehingga hujung 31 Disember bagi membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Guan Eng terlebih dahulu.

Hakim Roz Mawar Rozain turut mengarahkan Muhyiddin yang juga Presiden Perikatan Nasional (PN) membayar baki RM1.02 juta sebelum atau pada 27 Jan tahun depan.

Pada 9 Dis lepas, Guan Eng memfailkan notis kebankrapan terhadap Muhyiddin kerana gagal membayar jumlah penghakiman RM1.402 juta yang diperintahkan Mahkamah Tinggi pada 8 November lepas.

Muhyiddin kemudian permohonan untuk menangguhkan pembayaran jumlah penghakiman itu atas alasan jumlah RM1.4 juta adalah besar dan beliau memerlukan masa mengumpul jumlah itu.

Beliau juga memberitahu mahkamah dirinya sedia mendeposit 50 peratus jumlah penghakiman dalam akaun simpanan tetap yang akan dipegang peguam Guan Eng sebagai pihak berkepentingan, sementara menunggu pendengaran dan pelupusan rayuan beliau di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah memerintahkan Muhyiddin membayar RM1.35 juta sebagai ganti rugi kepada Lim kerana memfitnah Ahli Parlimen Bagan itu berhubung pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary pada November tahun lalu.

Hakim mendapati Guan Eng berjaya membuktikan tiga kenyataan berunsur fitnah dikeluarkan Muhyiddin  di Facebook yang melibatkan beliau berhubung isu pengecualian cukai berkaitan Yayasan Al Bukhara pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.

Muhyiddin ketika ini dalam proses keputusan itu di Mahkamah Rayuan. -MalaysiaGazette

Muhyiddin kecewa, buat rayuan saman fitnah Guan Eng

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here