Ketua Pegawai Kewangan, Mohd Ismadi Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO), TH Properties, Mohammad Fairuz Mohd Radi menunjukkan MoU yang dimeterai malam tadi.

KUALA LUMPUR – TH Properties Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Affin Bank Bhd untuk melancarkan penyelesaian pembiayaan bagi merapatkan jurang pemilikan rumah untuk graduan muda, pembeli rumah dan pelabur hartanah.

Perkongsian strategik itu ditawarkan menerusi pembiayaan Affin Home Step Fast/-i untuk graduan muda, pembeli rumah kali pertama, pembeli muda dan pelabur.

Selain itu, Program Pembiayaan Rumah Affinita menawarkan kepada golongan wanita dengan pembiayaan melebihi RM500,000 melalui Perbankan Perdana Affin Invikta dan faedah eksklusif daripada hampir 100 peniaga.

Pengarah Eksekutif, Perbankan Komuniti Kumpulan Affin Bank, Mohammad Fairuz Mohd Radi berkata, produk yang ditawarkan oleh mereka menyasarkan kepada segmen berkenaan.

Katanya, menerusi kerjasama itu juga, pihaknya turut memberi perhatian kepada pembeli rumah wanita yang sesuai dengan produk ditawarkan oleh TH Properties.

“Dengan penyelesaian pembiayaan inovatif seperti AFFIN Home Step Fast/-i dan Affinita Home Financing Program, kami berhasrat menyediakan pilihan fleksibel dan sesuai untuk golongan profesional muda, pelabur hartanah dan pelbagai pembeli rumah.

“Kami juga percaya setiap wanita harus mempunyai peluang untuk membina asas untuk diri dan keluarganya melalui pemilikan rumah.

“Affinita Home Financing Program bukan sahaja mengenai menawarkan sokongan kewangan, ia juga memupuk kebebasan, kestabilan dan pemerkasaan wanita,” katanya dalam kenyataan.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan TH Properties Mohd Ismadi Ishak dan Mohammad Fairuz malam tadi.

Sementara itu, Mohd Ismadi berkata, kerjasama itu melibatkan hartanah dalam pembangunan utama TH Properties, termasuk Kota Semarak di Kuala Lumpur dan dua lagi projek pembangunan iaitu Bandar Enstek dan Warisan Puteri 2, di Negeri Sembilan.

“Produk kami (projek hartanah) merangkumi pelbagai jenis, daripada keluarga hingga kepada generasi muda.

“Dari segi fleksibiliti dan pembiayaan, ia sesuai dengan tahap kemampuan atau pasaran yang disasarkan, jadi kerjasama ini sesuai dengan sasaran pasaran kami,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here