KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan manakala 13 ekor lembu dirampas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara dalam Op Op Taring Wawasan Kelantan, semalam.
Menurut PGA, pihaknya menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu lelaki itu yang dalam keadaan mencurigakan di Kampung Bunohan, Tumpat, Kelantan lebih kurang 5 petang.
Hasil pemeriksaan mendapati 13 ekor lembu anggaran berat lebih 8,450 kilogram dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah.
Suspek seorang lelaki berumur 38 dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup lembu tersebut ke pasaran tempatan.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM276,750.00 termasuk nilai kenderaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.
Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Chabang Empat, Tumpat untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette