17 orang PATI ditahan dalam Op Kutip di Marang, Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.

Pengarah berkenaan Mohd Yusri Mohd Nor berkata, tangkapan menerusi Op Kutip dan Sapu itu turut membabitkan 12 lelaki dan dua wanita lain dengan lingkungan umur kesemua tahanan antara tujuh hingga 49 tahun.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Myanmar, Kemboja, Bangladesh dan Indonesia.

“Ketika serbuan di sebuah tapak pembinaan, seorang lelaki Kemboja cuba bersembunyi dalam lubang yang ditebuk dalam lantai rumah kongsi, tetapi berjaya dikesan oleh anggota penguat kuasa.

“Bahang panas mungkin menyebabkan lelaki warga Kemboja itu tidak tahan dan melompat keluar. Dia kemudiannya cuba bersembunyi dalam timbunan kain tetapi berjaya dikesan anggota kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati mereka yang ditahan telah melakukan kesalahan termasuk tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen yang sah.

“Kesemua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here