Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM kini dalam proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu.
Persatuan itu dalam kenyataan berkata, pihaknya kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan, dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya.