Gambar hiasan

ALOR SETAR – Sebuah kilang kitar semula di Taman Ria Jaya, Sungai Petani musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba II Abdul Fataf Amdan berkat, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 2.35 pagi sebelum tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

Beliau berkata, kira-kira 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, BBP Sungai Petani, BBP Tikam Batu dan BBP Yan serta lapan jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran di kilang berkenaan.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang jenis binaan kekal. Anggaran awal kemusnahan kilang barang kitar semula itu adalah sebanyak 80 peratus dan proses pemadaman menggunakan empat aliran dan pancutan air dari tangki jentera.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kilang berkenaan berikutan premis itu pernah diserbu pihaknya dan sedang dalam proses pendakwaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here