Doktor
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan projek perintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) adalah wajar dan disambut baik Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Katanya, keputusan itu tepat susulan kebimbangan yang disuarakan banyak pihak termasuk MMA sendiri, para doktor serta kumpulan-kumpulan doktor yang risau mengenai impaknya terhadap pengamal perubatan dan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

“Kami memberi sokongan penuh kepada pasukan petugas khas KKM yang ditubuhkan untuk mengukukan penyampaian penjagaan kesihatan serta menambah baik jadual jam bekerja.

“Bekas Ketua Pengarah KKM, Dr Abu Bakar Suleiman adalah pilihan terbaik untuk mengetuai pasukan petugas khas ini. Pengalaman luas beliau pastinya dapat memberi sumbangan signifikan dalam mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan,” kata MMA dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, MMA mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan dan pasukannya yang sudi bertemu persatuan tersebut bagi membincangkan beberapa isu termasuk WBB, elaun on-call dan cabaran-cabaran yang dihadap doktor kerajaan.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan, Kabinet memutuskan untuk membatalkan projek rintis WBB bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira segala pertimbangan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here