WASHINGTON- Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan pelantikan bekas hos Fox News, Pete Hegseth sebagai Setiausaha Pertahanan yang baharu, selepas Naib Presiden JD Vance memberikan undi penentu 51-50, pada Jumaat.
Pelantikan Hegseth yang juga veteran tentera yang pernah bertugas di Afghanistan, Iraq dan Teluk Guatanamo itu memberikan kemenangan politik pertama kepada Presiden Donald Trump.
Beliau dilaporkan akan mengangkat sumpah di White House, pagi Sabtu.
Hegseth,44, sebelum ini dilanda kontroversi berkaitan tuduhan penyalahgunaan alkohol serta keganasan rumah tangga namun beliau menafikannya.- Agensi