Penerangan teknikal Tolok Pasang Surut (Tsunami) di Jeti UMS oleh Dr. Chai Mui Fatt.

KOTA KINABALU – Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mahu terus meneroka kerjasama pintar dengan pelbagai agensi bagi mengukuhkan lagi aspek pengurusan bencana alam.

Perkara ini dinyatakan Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn M. Payus ketika mengalu-alukan lawatan kerja daripada delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) yang diketuai Ketua Unit Pengurusan Bencana, Ambika Devi a/p Daran ke UMS baru-baru ini.

Menurut Carolyn, lawatan kerja PSUKPP itu antara lain bertujuan untuk mengenal pasti fungsi dan kajian yang dijalankan oleh NDRC dengan lebih mendalam serta meneroka peluang kolaborasi rentas sektor dalam pengurusan bencana.

“Kami amat mengalu-alukan kunjungan daripada agensi kerajaan serta NGO yang lain seperti pihak PSUKPP yang mampu membuka peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan serta perundingan yang berkaitan dengan pengurusan bencana negara di peringkat rentas sektoral.

“Kunjungan seumpama ini dilihat dapat menggalakkan kolaborasi pihak academia serta menerokai persefahaman pintar antara pihak NDRC UMS dengan pihak agensi kerajaan negeri seperti PSUKPP ke arah memperkasa agenda pengurangan risiko bencana negara,” katanya.

Beliau menambah, NDRC sememangnya berperanan sebagai pusat tumpuan untuk semua penyelidikan yang berkaitan dengan bencana alam di Sabah.

“Pusat ini juga aktif dalam aktiviti-aktiviti melibatkan pengurusan dan pengurangan risiko bencana melalui penyelidikan dan program kesedaran awam terutamanyadalam kesiapsiagaan komuniti terhadap bencana.

“Ini termasuk program memperkasakan perlaksanaan Community-based Disaster Risk Management (CBDRM), iaitu pengurusan risiko bencana yang berasaskan komuniti di Sabah,” katanya.

Pada akhir lawatan tersebut, delegasi seramai 9 orang itu telah dibawa melawat Sistem Pemantauan Gempa Bumi, SEISCOMP3 di Makmal NDRC, Stesen Seismologi Kota Kinabalu (UMS) dan Stesen Tolok Pasang Surut (Tsunami), MetMalaysia di Jeti UMS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here