KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda di beberapa kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga tengah hari ini sejak pagi tadi.
Antara kawasan yang terlibat adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk lapan daerah di Selangor, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Lapan daerah di Selangor adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Manakala di Perak, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Cuaca tersebut dijangka turut berlaku di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau); Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah); Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song).
Sementara di Sabah melibatkan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).
Sebelum ini, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Sarawak meliputi daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit Bintulu dan Miri bermula esok hingga Khamis ini.- MalaysiaGazette