SWM Environment memberikan tumpuan khas kepada perkhidmatan pembersihan di kawasan-kawasan utama pelancongan termasuk di beberapa lokasi pantai dan rekreasi di sekitar negeri Melaka sebagai persediaan menyambut kedatangan pelancong sepanjang cuti umum Tahun Baru Cina kali ini.

MELAKA – SWM Environment memberikan tumpuan khas kepada pembersihan di kawasan-kawasan utama pelancongan di pusat Bandaraya Melaka sebagai persediaan menyambut pelancong sepanjang cuti umum Tahun Baru Cina.

Pengurus Besar Korporatnya, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, antara kawasan tumpuan ialah sekitar Banda Hilir seperti Jonker Walk dan Bangunan Stadthuys atau dikenali sebagai Bangunan Merah.

“Operasi pembersihan di kawasan ini akan diteruskan dari jam 4 petang hingga 1 pagi bermula 29 Januari hingga 2 Februari termasuk beberapa lokasi pantai dan rekreasi di sekitar negeri Melaka.

“Kerja-kerja kutipan sisa domestik dan sisa pukal sepanjang sambutan Tahun Baru Cina juga akan berjalan seperti biasa tanpa penambahan atau sebarang perubahan kepada jadual perkhidmatan kutipan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ziarah Kasih sempena program SWM Kasih Misi Sampul Merah bersama Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, di sini.

Mengulas lanjut Mohd Norlisam berkata, jadual operasi perkhidmatan termasuk sapuan awam, pembersihan longkang dan pemotongan rumput.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk menguruskan sampah di kediaman mereka secara berhemah dan boleh merujuk kepada papan tanda perkhidmatan di kawasan perumahan masing-masing atau di laman sesawang swm-environment.com.

“Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan dengan perkhidmatan SWM Environment boleh hubungi talian Indahkan Malaysia 1-800-88- 7472 atau WhatsApp rasmi 012-6180082”, tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here