Donald Trump

WASHINGTON  – Presiden Amerika Syarikat dipercayai telah memecat sekurang-kurangnya 17 pemantau bebas pelbagai jabatan Persekutuan- langkah yang menggegarkan dilakukan  Donald Trump selepas kembali memegang jawatan tersebut.

Terdapat notis senarai pengawas yang dipecat, menurut New York Times.

Ia termasuk badan pemantau di jabatan pertanian, perdagangan, pertahanan, pendidikan, perumahan dan pembangunan bandar, pedalaman, buruh, pengangkutan dan hal ehwal veteran, serta Agensi Perlindungan Alam Sekitar semuanya dilaporkan dipertimbangkan.

Tidak jelas siapa yang mungkin dipilih oleh pentadbiran Trump untuk mengisi jawatan yang dikosongkan itu.

Kumpulan pengawas bebas itu diwujudkan selepas skandal Watergate untuk memastikan pentadbiran yang bebas dari salah guna kuasa, pembaziran, dan penipuan.

Walaupun mereka adalah lantikan presiden, mereka dijangka bertugas tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Tindakan itu berkemungkinan melanggar undang-undang dan mencabar mahkamah.

Bagaimanapun, White House belum mengesahkan tindakan tersebut.

Pemimpin Senat, Chuck Schumer menggambarkan pemecatan tersebut sebagai ‘pembersihan’ yang menakutkan.

“Ini menunjukkan  Trump takut kepada kebertanggungjawaban, fakta, dan ketelusan,” katanya di Senat, semalam.

Manakala Ketua pemeriksa am Pentadbiran Perniagaan Kecil, Hannibal Ware mendakwa  pemecatan tersebut tidak sah dan menyeru tindakan itu dikaji semula.

Senator Republikan, Chuck Grassley turut menyuarakan kebimbangan terhadap kejadian ini.

“Saya tidak faham mengapa mereka memecat individu yang bertugas membanteras pembaziran, penipuan, dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Dalam surat kepada Trump, 21 ahli Kongres Demokrat mengkritik tindakan tersebut sebagai ‘melanggar undang-undang, menyerang demokrasi, dan membahayakan rakyat Amerika’.

Mereka telah menggesa presiden untuk mempertimbangkan semula keputusan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here