Para pelajar cemerlang FSSA merakamkan gambar bersama Jualang dan barisan kepimpinan FSSA.

KOTA KINABALU – Seramai 386 pelajar Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS), diraikan dalam Majlis Anugerah Dekan Semester 2,
Sesi 2023/2024 yang berlangsung di Bankuasi, Dewan Canselor UMS baru-baru ini.

Majlis tersebut antara lain bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang para pelajar yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam bidang pengajian mereka, termasuk 18 pelajar yang meraih Purata Nilai Gred Semester (PNGS) 4.0, sekali gus membuktikan kecemerlangan akademik yang dicapai di UMS.

Dekan FSSA, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau, dalam ucapan beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan penting dalam
kejayaan para pelajar, terutamanya ibu bapa serta tenaga pengajar fakulti.

Beliau turut menekankan pentingnya pembelajaran sepanjang hayat bagi memastikan pelajar sentiasa relevan dan bersedia menghadapi cabaran dalam dunia
pekerjaan yang semakin mencabar.

“Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan usaha gigih para pelajar, tetapi juga dedikasi dan sokongan daripada pensyarah serta ahli keluarga.

“Saya berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan dan dijadikan inspirasi serta pemangkin semangat kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here