Eskayvie kini menjadi jenama global yang relevan, inovatif dan dipercayai.

KUALA LUMPUR – Jenama kesihatan tempatan terkemuka iaitu Eskayvie iaitu menyasarkan untuk menjadi jenama global selepas lebih 15 tahun bertapak dalam industri kesihatan di negara ini.

Pengarah urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, transformasi perlu dilakukan syarikat sebagai langkah strategik memastikan Eskayvie terus relevan bukan sahaja menghasilkan produk berkualiti tinggi.

“Selain itu, kami juga mahu memberi nilai kepada pelanggan melalui inovasi, sains dan teknologi terkini. Apatah lagi, Eskayvie kini berada di kedudukan yang lebih strategik untuk menyokong pelanggan di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina yang menjadikan jenama ini sebagai peneraju dalam industri kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Eskayvie baru-baru ini turut melancarkan kempen Booster Minda- Inspirasi Generasi Masa Hadapan sempena Eskayvie Grand Annual Dinner 2025.

Kartika Wati menambah, inisiatif kempen itu diperkenalkan yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak Malaysia khususnya daripada peringkat awal.

Eskayvie sudah 15 tahun berada di pasaran.

“Penurunan neurotransmitter pula boleh menyebabkan masalah kognitif, tingkah laku dan kelesuan mental,” katanya.

Menurutnya, melalui kempen yang sama, pihaknya ingin memberi kesedaran kepada ibu bapa dan komuniti tentang pentingnya nutrisi lengkap untuk anak-anak agar mereka dapat berkembang secara optimum.

“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Eskayvie memperkenalkan produk Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen minda yang dirumus khas untuk menyokong perkembangan otak dan tubuh anak-anak berumur 2 hingga 17 tahun.

“Kandungan nutrisi lengkap yang terdiri daripada Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66 serta vitamin dan mineral membantu menyokong fungsi memori dan pembelajaran, menguatkan fokus dalam pembelajaran, mengurangkan tekanan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi harian kanak-kanak,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here