GAZA CITY – Pertukaran tahanan tentera Israel di Gaza untuk kali kedua menggambarkan kekuatan pejuang Palestin dengan simbol kekuasaan dan penyampaian mesej yang tegas kepada penceroboh.
Pertukaran tahanan itu berlangsung di Dataran Palestin di Gaza City.
Pertukaran tersebut menunjukkan perpaduan dan keutuhan para pejuang dengan kehadiran sayap ketenteraan Islamic Jihad, Briged Al-Quds dan sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam di samping kakitangan keselamatan Palestin.
Ia dilihat lebih teratur dan berdispilin berbanding pertukaran pertama pada minggu lalu.
Penghadang diletakkan di kawasan tersebut bagi memastikan orang awam berada pada jarak yang selamat dari kenderaan Palang Merah dan sebuah platform didirikan bagi tujuan pertukaran tahanan.
Bilangan pejuang Palestin yang terlibat dalam pertukaran tahanan itu lebih tinggi berbanding sebelum ini dengan kebanyakan daripada mereka tiba dengan menggunakan motosikal dan kenderaan.
Beribu-ribu penduduk Palestin yang berkumpul di Dataran Palestin mengibarkan bendera negara itu.
Seorang wanita Palestin menaburkan bunga di atas pentas sebagai simbol hubungan berterusan antara penduduk Gaza dengan para pejuang.
Pemilihan dataran Palestin, lokasi di mana kereta kebal Israel melakukan pencerobohan, merupakan tindakan berani yang mana ia mengukuhkan lagi hubungan Gaza dan penduduknya yang kekal tidak tunduk kepada penceroboh.
Di atas pentas, pejuang Briged Al-Qassam dengan bangga membawa raifal Travor yang dirampas daripada tentera Israel yang mana ia menunjukkan kekuatan dan kejayaan para pejuang terhadap pencerobohan dilakukan musuh.
Akhbar Israel, Walla melaporkan pertukaran tersebut sebagai ‘mengejutkan’ dengan tahanan anggota tentera wanita naik ke atas pentas dan melambaikan tangan kepada mereka yang hadir sebelum dibebaskan.
Mesej turut disampaikan pada acara tersebut menerusi slogan seperti ‘Palestin – kemenangan daripada penindasan penduduk vs zoinisme Nazi’, ‘Gaza adalah perkuburan jenayah Zionis’ dan ‘kemenangan sentasa berpihak kepada kebebasan pejuang Palestin’ yang dipaparkan di pentas.
Para pejuang secara simbolik memijak gambar pemimpin-pemimpin Israel yang memaparkan tulisan dalam Hebrew berbunyi ‘Zionis tidak akan menang’, mesej jelas bahawa mereka tidak gentar. – Agensi