KUALA LUMPUR – Pemilik atau pengendali akaun Facebook Cecelia Yap Song KL yang menimbulkan kontroversi berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam baru-baru ini, tampil memohon maaf.
Cecelia Yap menerusi kenyataan dikeluarkan firma guaman mewakilinya Saibullah MV Nathan dan Co berkata, dia amat kesal atas kenyataan sensitif disiarkan di media sosial sehingga menyinggung perasaan orang ramai.
“Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini di masa hadapan dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.
“Dengan rasa rendah diri saya ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tersinggung dengan insiden ini,” katanya menurut laporan portal berita semalam.
Polis semalam telah merakam keterangan Cecelia Yap berhubung isu “lawak ham” yang mencetuskan kontroversi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakaman percakapan itu membabitkan wanita berusia 65 tahun yang juga pesara jururawat swasta.
Suspek diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah dan sebanyak 21 soalan dikemukakan kepadanya. – MalaysiaGazette
Nga Kor Ming hina Islam langgar 3R tak ade kena dakwapu .