KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Operasi (COO) Prolintas didakwa atas dua lagi pertuduhan rasuah berjumlah RM110,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam dekat sini hari ini.

Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan pertama, Rostam didakwa secara rasuah menerima satu suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM90,000 daripada sebuah syarikat pembinaan melalui seorang individu sebagai upah bagi dirinya.

Suapan melibatkan Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) memberikan kerja No 1 bertajuk To Construct End Cap Stressing And Shear Block dan To Install Expension Joint Including Hacking, Grouting And Nosing kepada sebuah syarikat pembinaan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menerima RM20,000 daripada individu sama dan bagi tujuan sama.

Ia bagi projek sama memberikan arahan kerja No 2 bertajuk To Supply Material and Install Rain Water Down Pipe kepada syarikat terbabit.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irna Julieza Maaraz manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Mahkamah membenarkan tertuduh menggunapakai ikat jamin RM60,000 bersama syarat-syarat tambahan yang direkodkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Selain itu mahkamah juga membenarkan kes dipindahkan untuk dibicarakan bersama kes yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan pada 27 Februari depan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

COO Prolintas didakwa terima rasuah RM70,000 berkaitan projek SUKE

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here