Datasonic

KUALA LUMPUR- Datasonic Group Berhad (Datasonic) memperoleh lanjutan kontrak untuk membekalkan cip pasport kepada kerajaan Malaysia selama setahun.

Kumpulan itu dalam kenyataannya hari ini berkata, nilai tambahan kontrak sebanyak RM104.78 juta itu bakal mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju dalam pasaran identiti keselamatan.

Pada 28 Januari lalu, anak syarikat milik penuhnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd menerima dan bersetuju dengan surat lanjutan bertarikh 16 Januari 2025 daripada Kementerian Dalam Negeri berkaitan kontraknya untuk membekalkan cip pasport Malaysia kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Lanjutan kontrak itu bermula pada 1 Disember 2024 dan berakhir pada 30 November 2025.

“Kontrak ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan Kumpulan serta aset bersih sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 dan tahun kewangan seterusnya, sepanjang tempoh kontrak tersebut,” katanya.

Untuk rekod, kontrak asal dianugerahkan pada 15 Disember 2015 dengan tempoh selama lima tahun atau sebanyak 12.5 juta cip pasport.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here